Beadings

Thursday 1 March 2018

Ikan pekasam



Cikju ni orang negeri sembilan .  Kalau bab masak lemak tu boleh lah di gagahkan masak untuk family.  Dah jodoh orang kedah.  Sejak aruah mak mertua dah tiada ni, jarang pulak cik abang balik, makanya tak dapatlah nak beli barang masak2 untuk buat stok.  

Sejak berkahwin ni, banyak gak makanan yang dapat cikju rasa.   Terutamanya gulai dagaing batang pisang yang menjadi kegemaran anak dara. teringat masakan mak mertua terutamanya gulai ikan bak kata depa ceroi.. sedap sungguh. guna santan cair.. pernah gak buat tak berapa nak jadi.  

Ikan pekasam pulak menjadi kegemaran cik abg.  Baru2 ni cik abg dan ahboy gi mengai kat kolam, Ahboy dapat la berbelas gak ikan talapia.  Gigihlah cik abg menyiang ikan. Selepas di cuci dengan asam dan limau.  Terus cik abang suruh buat ikan pekasam.  

So jadilah orang N9 buat ikan pekasam ala kedah ;)  Jom intai resipi yang cikju pelajari dari kak ipaq  den.

Resipi Ikan Pekasam

ikan 
garam
beras

cara-cara

ikan biar kering sikit.
lumurkan garam lebih sedikit dari kebiasaan kita goreng ikan.
lumur dengan rata.  Gunakan garam yang sedang, jangan halus sgt dan kasar sgt.
Kalau garam banyak nanti keras ikan tu. kalau terkurang nanti cepat lembik ikan tu.. so sedang-sedang aje ye.

kemudian ikan tu dimasukkan dalam tupperware.
tutup tupperware rapat na.
biarkan semalaman.

keesokan hari.
goreng beras tanpa minyak.
blend halus.

air garam (air yang terhasil dari perapan garam dan ikan) tu masukkan dalam mangkuk.
 kemudian lumurkan ikan dengan beras goreng itu tadi.
air garam tu tuang tepi ikan tu.

tutup rapat bekas tu tadi.
biar peram kat luar dalam 3 - 4hari
lepas tu masukkan dalam peti.

siap boleh digoreng dengan bawang dan cilipadi.  perah sikit air asam.

selamat menjamu.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...