Beadings

Friday 23 February 2018

Korea - Day 3



Hari ke 3


Korea mengalami musim sejuk yang terlalu sejuk pada tahun ini 2018.
Iskandar dan Ahboy terasa nak demam. kami mengambil keputusan merehatkan anak2 ni. Jadi beberapa plan di ittennary terdahulu terpaksa di ubah.  Mak long bersama 2 anak2 remaja menjalani misi mereka iaitu menjelajah dunia K-pop.  Tak dapat lah Cik Ju update citernya.

Cikju menjaga anak2 yang demam dan selsema.  Nasib baik bawa panadol soluble dan ubat batuk/selsema sekali.  Bagi depa makan malam semalam.

Petang dalam pukul 2 anak-anak dah terasa segar.. kami turun untuk area hongdae untuk mengalami sendiri kehangatan dataran Hongdae.  Hongdae terkenal dengan area hip hop anak-anak muda.  Memang happening area ni.

Banyak cafe-cafe berkonsep di sini .. memang tak terlarat la nak explore cafe-cafe di sini.  Antaranya cafe meerkat dan goat cafe.

Cikju mmg seronok betul dok kat hongdae esp tempat kami tinggal ni... sebelah betul-betul kat station Honggik Universiti.

Cer tengok .. pengembaraan cikju yang sekejap ni.




balik dari jalan-jalan di Hongdae... Cikju mula menyiang ikan trout.. Ikan trout yang kami bawa balik dari Trout Festival .  goreng pun sedap.  Rasa ikan trout ni seakan-akan tuna/salmon tapi lagi sedap dan segar.  Kulit nya yang garing.



Ini la ikan trout ....



hasil selepas mengoreng bersama black pepper dan garam.


Kalau dah orang perempuan, kalau tak ke kedai mini market tak sah kan.. jom tengok video pendek apa yang kita boleh tengok kat supermarket korea,  kedai ajumma dan pharmacy .






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...