Wednesday, 23 May 2018

popia goreng



Resipi popia creamy carbonara😋😋



Bahan2 : 
1 biji bwg holland (cincang halus)
3 ulas bwg putih (cincang halus)
1 btg carrot (potong halus)
1 tin cendawan butang
1/2 lada capsicum / lada cili (kalau suka pedas)
Ayam / daging kisar dn sosej
1 tin sos campbell/prego cendawan
1 paket kulit popia
4 keping cheesdale
Garam, gula secukup rasa
1 sb serbuk lada hitam
Cara masak inti :
- panaskan minyak, tumis bwg holand dn bwg putih smpai naik bau
- masukkan aym / daging kisar dn sosej..Kacau sebati sehingga aym/dging da empuk..
- masukkan pula carrot , lada capsicum dn cendawan butang... Perasa dgn garam secubit.. Gula 1sk..
- masukkan sos cendawan campbell / prego.. kacau sebati
- lastly masukkan chesedale dn serbuk lada hitam.. 


SOS POPIA SIRA 
Anda boleh olahkan popia sayur atau boleh juga buat crabmeat popia atau fish finger popia.
Bahan sayur : Taugeh, kobis,sengkuang carrot, bawang besar yg lain terpulang anda boleh tambah sendiri. SEMUA BAHAN DICUCI BERSIH DAN DITOS SELAMA 2 JAM. atau boleh guna KITCHEN TISSU untuk serapan air.
Resepi SoS salutnya saya bg resepi untuk 1 kg gula yea nanti kalau nk buat sikit pecahkan nisbahnya..
Saya tak pernah buat sikit ini yg paling minimum sukatan yang saya buat. Jangan kecamm hakak!!
100g cili kering pedas
150g cili kering tak pedas
2 labu bawang putih
50g udang kering
SEMUA DI BLANDER air jgn bnyak cukup untuk gerakan mesin sahaja.
1kg gula
30g garam
3\4 cawan cuka
SEMUA BAHAN DIREBUS BUKAN DITUMIS!

Bila dah mengelegak masukan 50g udang baring/udang geragau.
Bancuhkan 2 sudu tepung ubi utk pekatkan kuah.
Selamat menyalut popia
 Popia digoreng exra garing ye tp.bukan hangit baru kekal rangupp
Bahan tabur :
Kacang tumbuk,bijan sangai,daun sup bawang goreng. (bahan tabur optional)

Monday, 2 April 2018

Madu kelulut












As salam.  

kegusaran Emak yang mewarisi rumah peninggalan atuk menjadi nyata apabila semua anak-anaknya tidak mahu mengambil tahu rumah pusaka emak...he..he termasuklah cikju.  Bukan apa kami ni malas nak balik kampung walaupun dengan lekas hanya sejam lebih aje pun.

Disebabkan kami semua dah berkahwin dan mempunyai tanggungan, jadi kami tidak memikirkan sangat tentang kampung. Tambahan emak abah pun tinggal di K.Lumpur.  

Di sebabkan tidak ada tujuan  jika kami balik ke rumah peninggalan tu, kami membuat keputusan untuk membela lebah kelulut dan mengambil hasil setiap bulan.. walaupun tiada penghuni di rumah pusaka.

Bermula lah cikju dan kakak membela lebah walaupun secara kecil-kecilan lepas juga untuk kegunaan sendiri ..selalu hasil pun terlebih.

pada sesiapa yang inginkan hasil madu kelulut asli boleh la whatsapp sy 019 6002400.

sebotol dlm 250g - RM 90 ( area K.Lumpur sahaja)

(pre order ye)


Thursday, 15 March 2018

Jem Strawberry



Strawberry di Korea memang manis sungguh.  Cikju sempat beli 2kg untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk dirasa emak dan abah.

1 paket strawberry dalam 3,000 won kalau beli di kedai ahjuma.  Kalau beli di lotte mart <> 6,000 won.  (Tengok video cikju trip korea day 3).  kualiti better s di lotte mart lagi sbb  buah strawberry besar dan lagi manis.  Anyway strawberry di lotte or di kedai ahjuma .. manis sungguh, rugi kalau tak beli dan buat strawberry jem.  Strawberry jem homemade ni terbaik ..ketulan strawberry dapat dirasa.

psst...sekarang  harga buah strawberry di JayaJusco RM 12.99 - 250 gm aje.  gi la grab.. boleh tahan murah gak tu.


Resipi jem strawberry korea

500 g buah strawberry korea
1 cawan gula

cara2

masukkan gula dulu dan kemudian strawberry. Masak sehingga pekat.

layan video ni untuk jem strawberry cikju.... walla


Wednesday, 14 March 2018

Rempeyek


Selalu beli rempeyek .. sedap makan tp tak puas..
Fav en suami ni.. pernah buat tp thn lps last..teringin nak mengasah bakat semula..ha..ha

mula2 goreng x jadi.. cikju frust .. kemas dapur ..batter masukkan dalam peti sejuk..
Malam bg en suami rasa tempeyek..sah 2 kena reject . Sbb berminyak katany a.sedihnya..
Hari ini dgn semangat baru cikju cuba sekali lg.. alhamdullillah nampak ok.. rasa kena tunggu  en suami ..komen..

Resipi cekju share ni..
Bahan utama
===========
500 g tepung beras cap teratai or cap gajah 1
(Next nak guna 250 g tpg  ubi  n 250g tpg beras)
900 liter air/ santan cair
Kisar
=====
2 sb ketumbar
3 ulas bawang putih
1 sb jintan manis
1 sb jintan kasar
1 sk garam
1 cwn ikan bilis/udang kering
Sedikit Serbuk perasa/ 1 sb gula
Cili boh ..klu suka .. sy x letak 
Hiasan
======
Kacang
Ikan bilis .. sy x letak sbb dah kisar ikan bilis

Thursday, 1 March 2018

Ikan pekasam



Cikju ni orang negeri sembilan .  Kalau bab masak lemak tu boleh lah di gagahkan masak untuk family.  Dah jodoh orang kedah.  Sejak aruah mak mertua dah tiada ni, jarang pulak cik abang balik, makanya tak dapatlah nak beli barang masak2 untuk buat stok.  

Sejak berkahwin ni, banyak gak makanan yang dapat cikju rasa.   Terutamanya gulai dagaing batang pisang yang menjadi kegemaran anak dara. teringat masakan mak mertua terutamanya gulai ikan bak kata depa ceroi.. sedap sungguh. guna santan cair.. pernah gak buat tak berapa nak jadi.  

Ikan pekasam pulak menjadi kegemaran cik abg.  Baru2 ni cik abg dan ahboy gi mengai kat kolam, Ahboy dapat la berbelas gak ikan talapia.  Gigihlah cik abg menyiang ikan. Selepas di cuci dengan asam dan limau.  Terus cik abang suruh buat ikan pekasam.  

So jadilah orang N9 buat ikan pekasam ala kedah ;)  Jom intai resipi yang cikju pelajari dari kak ipaq  den.

Resipi Ikan Pekasam

ikan 
garam
beras

cara-cara

ikan biar kering sikit.
lumurkan garam lebih sedikit dari kebiasaan kita goreng ikan.
lumur dengan rata.  Gunakan garam yang sedang, jangan halus sgt dan kasar sgt.
Kalau garam banyak nanti keras ikan tu. kalau terkurang nanti cepat lembik ikan tu.. so sedang-sedang aje ye.

kemudian ikan tu dimasukkan dalam tupperware.
tutup tupperware rapat na.
biarkan semalaman.

keesokan hari.
goreng beras tanpa minyak.
blend halus.

air garam (air yang terhasil dari perapan garam dan ikan) tu masukkan dalam mangkuk.
 kemudian lumurkan ikan dengan beras goreng itu tadi.
air garam tu tuang tepi ikan tu.

tutup rapat bekas tu tadi.
biar peram kat luar dalam 3 - 4hari
lepas tu masukkan dalam peti.

siap boleh digoreng dengan bawang dan cilipadi.  perah sikit air asam.

selamat menjamu.




Friday, 23 February 2018

Korea - Day 3



Hari ke 3


Korea mengalami musim sejuk yang terlalu sejuk pada tahun ini 2018.
Iskandar dan Ahboy terasa nak demam. kami mengambil keputusan merehatkan anak2 ni. Jadi beberapa plan di ittennary terdahulu terpaksa di ubah.  Mak long bersama 2 anak2 remaja menjalani misi mereka iaitu menjelajah dunia K-pop.  Tak dapat lah Cik Ju update citernya.

Cikju menjaga anak2 yang demam dan selsema.  Nasib baik bawa panadol soluble dan ubat batuk/selsema sekali.  Bagi depa makan malam semalam.

Petang dalam pukul 2 anak-anak dah terasa segar.. kami turun untuk area hongdae untuk mengalami sendiri kehangatan dataran Hongdae.  Hongdae terkenal dengan area hip hop anak-anak muda.  Memang happening area ni.

Banyak cafe-cafe berkonsep di sini .. memang tak terlarat la nak explore cafe-cafe di sini.  Antaranya cafe meerkat dan goat cafe.

Cikju mmg seronok betul dok kat hongdae esp tempat kami tinggal ni... sebelah betul-betul kat station Honggik Universiti.

Cer tengok .. pengembaraan cikju yang sekejap ni.




balik dari jalan-jalan di Hongdae... Cikju mula menyiang ikan trout.. Ikan trout yang kami bawa balik dari Trout Festival .  goreng pun sedap.  Rasa ikan trout ni seakan-akan tuna/salmon tapi lagi sedap dan segar.  Kulit nya yang garing.



Ini la ikan trout ....



hasil selepas mengoreng bersama black pepper dan garam.


Kalau dah orang perempuan, kalau tak ke kedai mini market tak sah kan.. jom tengok video pendek apa yang kita boleh tengok kat supermarket korea,  kedai ajumma dan pharmacy .






Friday, 9 February 2018

Korea - day 1

Day one - 8 Feb

Jam menunjuk 11.30 kami menaiki pesawat ke korea setlh delay lebih kurang 20min. Kami departure lebih kurang pukul 12.20am.  Mengantuk sangat-sangat sbb seharian kemas barangan dan rumah Punya payah nak tidur dlm kapal terbang ..adui pusing sana pusing sini si ahboy.. at last dia berjaya juga tidur smpi tak dpt mkn breakfast dlm kapal terbang.




mh 066 ke incheon mendarat tpt jam 6.38 pg.  Annoucement dari pilot suhu di Korea -8.  Waduh2 mula lah cikju risau pasal ahboy.   Di sebabkan Ahboy tak makan breakfast, tambah-tambah takut dia meragam.. kami cuba nasib minta nasi lemak sebelum keluar dari kapal terbang.  Nasib baik pramugari bekal kan nasi lemak..he..he  Terima kasih kakak pramugari - Ahboy mamai cakap..he..he.
Keluar dari airport mulut dah mula berasap...sejuk.

Mula kami cari tempat nak top Tmoney kami  - jumpa CU Mart.  Perlu top up walaupun dibekalkan 2,000 won dalam kad itu.  kami top 10,000 won setiap Tmoney.  Terus kami menuju ke station keretapi.  Di sbbkan masih mamai, terkejut gak tengok ramai orang.. rupanya mereka ke pejabat - hari kerja la.

train terus ke Hongdae.  Tempat penginapan kami betul-betul sebelah station Hongik Uni.  alhamdullillah Tuan rumah bagi kami masuk awal di sbbkan tiada penyewa pada hari itu.




nampak muka ceria ahboy, apartment ini loft 2 tingkat.. anak2 remaja tidur kat atas ye. 
terasa lapang walaupun apartment di Korea ni terkenal dengan kecilnya. 

Selepas settle down, makan makanan yang di bawa dari rumah ..he..he.  Kami terus ke destinasi pertama iaitu battle ship  muzium.  Pilihan Ahboy.  Muzium ini agak dekat dengan Hongdae..

Muzium ini menceritakan sejarah peperangan laut negara korea  dan tayangan serangan jepun terhadap korea juga dipaparkan.  Replika kapal selam dan kapal perang juga dijadikan bahan sejarah.  Ralit anak2 bujang ini bergambar dengan kapal.



Muzium ni terletak di tepi sungai han. nampak tak air sungai pun beku.  Suhu masih di paras beku hari ini.  Fee masuk - 3,000 won seorang dewasa.  Kanak2  1,000 won.




lepas sejam dua kami beransur balik ke Hongdae dan mencari cafe bertemakan lego.  Kena tidur awal sebab masing-masing tak dapat tidur dalam kapal terbang..

Nantikan update day 2.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...