Beadings

Friday 9 February 2018

Korea - day 1

Day one - 8 Feb

Jam menunjuk 11.30 kami menaiki pesawat ke korea setlh delay lebih kurang 20min. Kami departure lebih kurang pukul 12.20am.  Mengantuk sangat-sangat sbb seharian kemas barangan dan rumah Punya payah nak tidur dlm kapal terbang ..adui pusing sana pusing sini si ahboy.. at last dia berjaya juga tidur smpi tak dpt mkn breakfast dlm kapal terbang.




mh 066 ke incheon mendarat tpt jam 6.38 pg.  Annoucement dari pilot suhu di Korea -8.  Waduh2 mula lah cikju risau pasal ahboy.   Di sebabkan Ahboy tak makan breakfast, tambah-tambah takut dia meragam.. kami cuba nasib minta nasi lemak sebelum keluar dari kapal terbang.  Nasib baik pramugari bekal kan nasi lemak..he..he  Terima kasih kakak pramugari - Ahboy mamai cakap..he..he.
Keluar dari airport mulut dah mula berasap...sejuk.

Mula kami cari tempat nak top Tmoney kami  - jumpa CU Mart.  Perlu top up walaupun dibekalkan 2,000 won dalam kad itu.  kami top 10,000 won setiap Tmoney.  Terus kami menuju ke station keretapi.  Di sbbkan masih mamai, terkejut gak tengok ramai orang.. rupanya mereka ke pejabat - hari kerja la.

train terus ke Hongdae.  Tempat penginapan kami betul-betul sebelah station Hongik Uni.  alhamdullillah Tuan rumah bagi kami masuk awal di sbbkan tiada penyewa pada hari itu.




nampak muka ceria ahboy, apartment ini loft 2 tingkat.. anak2 remaja tidur kat atas ye. 
terasa lapang walaupun apartment di Korea ni terkenal dengan kecilnya. 

Selepas settle down, makan makanan yang di bawa dari rumah ..he..he.  Kami terus ke destinasi pertama iaitu battle ship  muzium.  Pilihan Ahboy.  Muzium ini agak dekat dengan Hongdae..

Muzium ini menceritakan sejarah peperangan laut negara korea  dan tayangan serangan jepun terhadap korea juga dipaparkan.  Replika kapal selam dan kapal perang juga dijadikan bahan sejarah.  Ralit anak2 bujang ini bergambar dengan kapal.



Muzium ni terletak di tepi sungai han. nampak tak air sungai pun beku.  Suhu masih di paras beku hari ini.  Fee masuk - 3,000 won seorang dewasa.  Kanak2  1,000 won.




lepas sejam dua kami beransur balik ke Hongdae dan mencari cafe bertemakan lego.  Kena tidur awal sebab masing-masing tak dapat tidur dalam kapal terbang..

Nantikan update day 2.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...