PUDING KARAMEL KOKTAIL
Bahan-bahan:
5 - 6 sudu gula kasar - dicairkan atas api perlahan hingga berwana perang
4 butir telur
1 tin susu cair
5 sudu gula
2 sudu teh esen vanila
Sedikit buah-buahan campur
Air secukupnya
Cara Membuat:
Ambil mangkuk dan masukkan telur. Pukul perlahan-lahan.
Masukkan pula gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga rata.
Tambahkan susu cair dan sedikit air jika adunan terlalu pekat. Selepas itu, masukkan esen vanila.
Tapis adunan tadi dalam mangkuk lain. Buang buih di permukaan adunan
supaya puding caramel anda tidak berlubang apabila dikukus nanti.
Ambil mangkuk, tuangkan air gula yang dicairkan. Kemudian tuangkan pula
adunan yang ditapis ke atasnya. Kukus selama 45 minit, keluarkan dan
taburkan buah-buahan campur di atasnya. Sejukkan. Siap.
No comments:
Post a Comment