Rumah peninggalan arwah atuk di Kuala Pilah telah mengalami banyak pembaik pulih.
dari rumah hampir usang dan dijadikan store penyimpanan getah dizaman 80an..
Rumah kampung ni dijadikan tempat berkumpul adik beradik emak dan kami juga. Walaupun sentiasa tiada berpenghuni emak dan abah baiki juga sebabkan berjanji dengan arwah atuk.
Kesempatan diambil semasa PKPP untuk balik kampung. Keputusan diambil untuk menukar atur susun toilet untuk kali ke2 yang menjadi masalah kerana kecil dan tinggi. Pembaikpulih mengambil masa 4 hari, Kemudian kami cari cara2 DIY untuk menjadikan toilet lebih kemas dan cantik. Hasilnya tandas agak luas..malangnya tukang rumah tidak menghabiskan kerja dengan kemas.
Nota peringatan utk epoxy
- semasa 1st layer iaitu menyapu gam kena buat lebih tebal supaya serbuk untuk 2nd layer tu melekat kuat. 3rd layer kena buat tebal juga
- Elok dimulakan dengan mengecat dinding kalau ingin cat semula dinding.
- Elok keringkan selama 1 minggu ..
Berikut barangan yang diperlukan semasa projek diy ni.
Barangan beli di shoppe
Epoxy warna grey
Matte Spray utk besi dan paip air
Tiles untuk dry area
Wall paper (5 meter)
Beli di kedai hardware dan MRDIY
Undercoat
cat putih
berus
tape
sarung tangan
filler utk tutup lubang2 dinding
Jom tengok hasil makeover tandas dan bilik mandi ..
Tandas yang di telah disiapkan oleh tukang rumah...ermm lantai tidak rata dan dinding yang dibuat ala kadar..nasib baik mangkuk tandas berfungsi dengan baik ..
Bilik mandi yang diperbaiki supaya tidak berebut di waktu pagi hari raya nanti (semoga bertemu ramadhan tahun ni di kampung ..hilangkan covid19 di bumi ini...amin)
Setelah di epoxy ..(not bad first time buat epoxy..)
setelah dipasangkan wall paper ..
disebabkan tiles yg terdahulu kelihatan kusam ..kami membeli tiles berpelekat di shoppe..
tadaa...... ruang "Dry area" yang beri nafas baru..
bilik mandi siap dimake over
siap untuk digunakan..
No comments:
Post a Comment