Beadings

Sunday 7 June 2020

TART NENAS (TERAP)


Tart nenas merupakan hidangan kemestian di meja semasa hari raya.  Tahun 2020 ni, hari raya adil fitri disambut secara sederhana sahaja. Al maklumlah Cik Corona ni rajin menziarahi tubuh badan kita.. jadinya selalu lah mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan.  Walaupun tiada ziarah menziarahi, namum juadah hari raya termsk kuih muih kena juga dibuat.  

Disebabkan hanya suami yang membuat pembelian jadi cikju mengambil pendekatan menggunakan apa yang ada sahaja.  Jadinya 3 jenis kuih sahaja yang dapat dihasilkan untuk raya MCO 2020 ni.

setiap tahun asal nak buat kuih ..cari resipi ..salin punyalah banyak sehingga terlupa resepi siapa pulak yang digunakan.. 

yang pastinya hasil tart nenas kali ni memang sedap bangat...jom simpan resipi ni



TART NENAS




Tepung

3 1/4 cawan tepung (cikju guna cap sauh sahaja)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard 

(ayak ketiga-tiga jenis tepung ni)

1 buku mentega (kju guna separuh2 125 untuk mentega lebih marjerin)
3 sudu besar gula castor
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gee blend
1 biji telur kuning
esen vanila
pewarna kuning (kju tak guna)

Cara-cara

semua bahan2 mentega ini dipukul sehingga sebati sahaja

kemudian tepung tepung di masukkan sedikit demi sedikit.

setelah doh diadun sehingga tak lekat di tangan.. diamkan doh selama 30 min.  
sentiasa tutup doh semasa dalam proses penerapan.

masak tart dalam ketuhar yang telah dipanaskan 180c selama 15-20minit bergantung pada oven.  Setelah sejuk simpan dalam bekas. 

tart nenas sedap dimakan setelah beberapa hari dimasak..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...