Beadings

Wednesday 12 September 2018

Korea - Day 7

Rabu - 14/2/2018


Hari ini hari terakhir kami di Korea.  Lepas Subuh, Cikju mula memasak apa-apa yang boleh di masak.. he..he.. Sardin dan nasi goreng jadi santapan breakfast kami.

Dalam pukul 9pg, Cikju dan anak dara cikju Dee ke kedai Acheh Korea dan Lotte mart..he..he.dalam 20 min pergi balik.  .kami beli 4 kotak (1 kotak 500g) strawberry 20,000 won untuk dibawa balik.
Cikju beli sedikit cendawan dlm 500won gitu.. minyak zaitun untuk emak abah. Harga minyak zaitun 1L dalam 7,000w.





Kami check out  pada pukul 11.00pg.  Disebabkan anak bujang seorang ni payah nak bangun pagi, kami mula memgemas rumah dan barang-barang kami sekali gus.. pergh...sumbat apa yang patut.

Jam 11pg semua siap, Termasuk membuang sampah cuma tinggal yang kecil2 supaya kami dapat meninggalkan apartment sebaik mungkin.

Tuan rumah bermurah hati untuk memberi kami meninggalkan bagasi kami di apartment sementara nak menunggu kapal terbang MAS tengah malam nanti.

Kami bergerak menuju ke Myeongdong.  Kami mengambil Line 3 untuk ke Myeongdong..dalam 5 stop dah sampai .. tapi terus ke arah Lotte.  Kenapa Lotte bukan ke pasar Dengdemon..Ha..ha ..kami mencari set sudu garfu.. kalau beli lebih dari 30,000won dapat rebet .. 3 set kami beli ..he..he


Anak-anak lepak di Innesfree ..Lepas makan, kami pecah 2 kumpulan.  Ahboy kami tinggalkan di Innesfree bersama cousinnya.  Sampai terlelap-lelap menunggu mak-mak mencari barang kosmetik..dalam 1 jam lebih.

Jam 6 kami bergerak balik ke Hongdae. Niat nak order halal food di satu motel tak kesampaian dek kerana leka dan tersalah masuk station untuk ke Hongdae.

Sebelah apartment kami terdapat kedai kasut yang happenning ..shoopen.  kebetulan mengadakan sales.  Sekian lama dok di Hongdae tak pulak nak ke Shoopen..Sehingga la semlm, Mak long survey..dia kata sales kasut murah2..ha..ha..

Sebelum kami mengambil bagasi dan shopping dulu di Shoopen... menghabiskan korean Won kami..Selesai..Jam 7 kami bergegas ke Airport Incheon... lambat giler ..kebetulan 2 hari lagi Tahun Baru Cina ..Jadi Train ke Airport agak penuh..bersesak-sesak sehingga 4 station terakhir.

Jam 12.10 pagi, alhamdullillah selamat naik dan jam 5.40 selamat mendarat di KLIA.  Home Sweet Home.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...