Beadings

Sunday 4 February 2018

Merancang Percutian ke Korea

Percutian kami  bermula pada 7 februari 2018.

Apa yang menarik tentang percutian  cikju dan anak2 ialah tiket kapal terbang dikumpul sendiri oleh kakak Dini dan Ahboy selama setahun..
Bermula dari kepulangan kakak D dari Korea Februari 2017  tahun lepas, kakak D berhasrat untuk ke korea semula.  Memujuk mama (cikju) dan adiknya untuk merancang percutian keluarga kecil kami sendiri.  Bulan Februari tahun 2018 menjadi sasaran disebabkan ahboy teringin merasai suasana musim sejuk dan salji. 

Rancangan ke korea bermula bulan March 2017 dengan beberapa aktiviti menyimpan.

Beberapa syarat yang mama tetapkan:-

1.  Duit tambang kapal terbang perlu dicari sendiri.. matlamat boleh dicapai jika kemahuan ditetapkan.
2. Keputusan peperiksaan perlu baik bagi ahboy dan kakak untuk spm.  Kedua2 anak2 dapat keputusan yang agak cermelang.

3.Tambang perlu diusaha sendiri.

Usaha Kakak Dee

  • Mengajar kelas tuisyen mathematik di kejiranan dan berjaya mengumpul lebih rm1000.
  • Dan dicampur duit raya dan wang saku untuk menjadikan rm 1300.


Usaha Ahboy

  • Membawa bekal ke sekolah setiap hari selama setahun.. kadang2 cikju terbabas gak menyediakan bekal ..he..he Duit belanja di simpan setiap hari. 
  • Berjaya mendapat keputusan 4 pelajaran 100 peratus..dan mendapat hadiah berupa wang sebagai penguat semangat dari atuk samad dan wan Jemiah.. sorry abah dan emak paparkan sedekah kalian berdua.
  • Ditambah dengan duit raya 2017.
  • Berjaya mengumpul rm1200.

Mahalnya tiket kan .. bukan apa kami tak la pandai mencari pesawat tambang murah ..he..he..yang kami tahu nak naik MAS aje.  Please sapa yg pandai mencari tiket yg murah .. silalah tunjuk ajar.

Selain itu, kami mengumpulkan duit dibelanjakan di Korea.  kami mengumpulkan barangan terpakai untuk dijual. kami berjaya mengumpulkan rm1600 dengan hasil jualan carboot di puncak bukit jalil setiap ahad.

Carboot  Kami hanya dapat  sertai mungkin 5 kali. sedih penganjur carboot tersebut mewajibkan mengambil lesen perniagaan majlis perbandaran subang jaya. Sejak itu kami berhenti dari menyertai carboot di sana dan kebetulan pula kakak  ditawarkan ke uitm.   Kami hanya ingin menjual / recycle barangan terpakai yang masih elok ..hu..hu

Now we use coursell   n mudah.my to to sell some of our stuff.
Duit tersebut akan dijadikan sebagai tambang subway di korea.
Ongkos yang lain di taja oleh papa/mama mereka (cikju and en suami la sapa lagi).

Cikju kagum dengan semangat jimat cermat anak2 cikju.. tahniah anak-anak mama.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Well done. Love both of u so much.
Korea here we come. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...