Makanan kegemaran seisi keluarga ni.
Resipi ni cikju guna dah 2 kali.. baru2 ni cikju cuba la resipi yg kononnya garing smpi ke petang.. hu..hu aduh mana pulak silap tak jadi pulak karipap garing hari tu..
Mencari semangat baru ..cikju memcuba resipi yg cikju cuba bulan ogos baru2 ni. Mula2 cuba dah sedap dan menjadi walaupun terlebih air sikit. Kali ni terkurang air kot..he..he.. tapi hasil tetap mantap ..
Kalau sesiapa mencuba dan hasilnya memberangsangkan, share2 la tips dengan saya.
Bahan untuk kulit (dari myresipi.my)
- 1 kilo tepung gandum (sy kurangkan 500g)
- 4 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan) (2 sb minyak)
- Sedikit air ( dalam 1 1/4 cawan)
- Sedikit garam (1 sk) & gula (1 sb)
Semua bahan dicampur dan ketika minyak masak masih panas, uli tepung terus hingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik, biarlah yang sederhana. rehatkan selama 10 mint.
Saya tutup doh semasa menerap dan mengelim karipap. selepas mengelim sy biarkan ditanpa ditutup dalam 10 minit dan terus frozenkan.
Sudah siap membuat semua itu, terus boleh dimasak.
Hidangkan..
Bahan untuk Inti (Semua bahan dikisar)
- 500g/ 5 biji kentang bersaiz besar - di potong dadu
- 3sb /1 paket kecil kari daging - dikisar
- 1sk serbuk cili (optional utk pedas)
- 2 ulas bawang besar - dikisar
- 2 ulas bawang putih - dikisar
- Ikan bilis/udang kering - ikut citarasa - dikisar
- 5 batang daun sup/ketumbar (dipotong halus) ** sy guna daun ketumbar lagi best rasanya.
Cara Membuat Inti Karipap
Langkah 1
Langkah 1
Semua bahan di atas dikisar.
potong dadu kentang.
daun sup/daun ketumbar dihiris saja utk dimasukkan setelah inti masak. boleh juga dimasukkan bawang holland yang dipotong dadu.
Langkah 2
Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
Langkah 3
masukkan kentang dan air ikut paras ubi kentang. Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera.
Langkah 4
Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan kacaukan.
Langkah 5
Setelah sejuk, barulah digunakan.
Langkah 2
Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
Langkah 3
masukkan kentang dan air ikut paras ubi kentang. Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera.
Langkah 4
Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan kacaukan.
Langkah 5
Setelah sejuk, barulah digunakan.
untuk karipap pusing nanti sy share.
![]() |
Karipap yang difrozen kan terus tanpa mengoreng sekejap ;) |
No comments:
Post a Comment