Beadings

Tuesday, 3 October 2017

DONUT CHOCOLATE LAVA



Antara kuih yang diminati anak-anak cikju selain karipap.  Pernah juga selalu buat tak menjadi.  Baru-baru ini terjumpa dalam facebook resipi..rasanya dlm MAHI.  Terus capai pensil dan salin dulu, takut2 tak jadi. Kalau tak jadi, buang aje ler kertas tu.   Jom kita uli donut ni.


Bahan-bahan DONUT


  • 4 cwn tpung gandum
  • Sedikit garam (1 sk)
  • 3 sudu besar merjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cwn air
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 peket mauripan (11 gram)
  • Coklat bar di potong kecil2 .. guna chocolate putih the best !!!

Cara Menyediakan Resepi Donut Coklat Lava


Langkah 1
Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 10 minit .

Sediakan mauripan dulu ye!! sambil2 tu leh sukat tepung.

  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 peket mauripan

Langkah 2Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .
  • 4 cwn tpung gandum
  • Sedikit garam (1 sk)
  • 3 sudu besar merjerin
  • 2 sudu besar susu pekat

Langkah 3Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Uli dalam 10 minit.
  • 1/2 cwn air

Langkah 4Rehatkan doh dalam 30 minit - 1 jam , tutup doh tersebut dengan kain basah .

Langkah 5Selepas 1 jam , bila doh  sudah naik . Tumbuk doh  untuk mengeluarkan angin . 

Langkah 6Boleh canaikan doh, jangan tebal sangat dan terlalu nipis sangat . Kalau donut biasa saya canai dan gunakan acuan donut .
kalau doh bulat saya terus cubit dalam 10g dan sumbat terus chocolate dan saya bulatkan dan leperkan sedikit.

Langkah 7. Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik , 
Sebelum menggoreng donut tersebut .

boleh la digoreng untuk dimakan. pada yang nak buat frozen gorengkan sekejap di kedua2 belah.
Kalau nak doh cantik, tabur tepung bawah adunan semasa membentuk. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...