As Salam
Dah 5 tahun, 'Kakak' celebrate di MRSM bersama kawan-kawannya. Diam tak diam kakak dah pun melangkah ke Uni.
Semperna penghujung tahun hijrah, kakak balik bercuti dan menyambut birthday bersama keluarga. Adik berusaha menghias rumah walaupun sekadar meletak banner birthday untuk menyambut kepulangan kakak. penat menunggu si adik tertidur atas sofa...kesian adik.
21 September Cik Ju buatkan crepe cake untuk kakak. Cik ju pulak tidak sihat sepanjang minggu untuk keluar memempah kek.
first attempt but hasil tidak mengecewakan. tapi bersedialah penat berdiri ..ha..ha
Mille crepe
Whipping cream
150ml whipping cream
30 g gula ising
whip sampai kembang. Masukkan dlm peti sejuk.
ganarche
150 gm chocolate
150 ml heavy cream or whipping cream
masukkan dlm microwave 30saat. kacau. buat 3 x. Masukkan dalam peti sejuk.
lps sejuk, pukul sehingga berkilat.
ganache ni boleh lah buat piping gak.
note : sukatan chocolate dan cream mesti sama.
Crepe
4 biji telur
70 butter cair ..nak guna marjerin or minyak pun ok
500ml susu ..cik ju guna 250 ml susu cair dan tambah 250 ml air
200 g tepung
50 g gula
1 st garam
Campur kan semua dan rehat kan dalam 30 minit.
Cair kan sedikit butter dan minyak untuk disapu pada pan nanti.
panaskan pan dan buat la pan cake senipis yang mungkin.
selepas siap semua crepe tu ... sila la melapis satu-satu ye.
nota : semasa melapis tu .. klu letak cream tu lebih sikit lagi sedap..
Cuba la. Bake no Oven.
![]() |
Secret resipe jual Melle crepe? |
No comments:
Post a Comment