Walaupun saya suri rumah tangga, Cikju bukannya orang yang suka memasak. Tapi Kalau resepi yang senang, Cikju akan mencuba juga..he..he
Antara yang cikju rasa paling senang, jika bahan2 ada di dapur adalah kek choclate. Mesti orang yang malas pun boleh buat sebab tak perlu keluarkan mixer ..
Jom cuba kek ni..
Kek Kukus Coklat Moist lapis Coklat Mousse
Bahan A:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula castor
1 cawan koko
1 cawan minyak jagung / masak
Bahan B: diayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Bahan C:
4 biji telur gred A - diblender
- sila panaskan pengukus dahulu.
- tuangkan kesemua bahan A kedalam periuk, masak atas api sederhana supaya minyak dan bahan td sebati. Sentiasa kacau mengunakan whisk. Bila da sebati matikan api.
- ambil bahan B yg telah di ayak td dan campurkan ke dalam bahan A yg masih panas td. Kacau guna whisk sampai sebati
- seterusnya tuangkan telur yg sudah diblender td. Kacau lg sehingga sebati.
- ambil loyang 8@9 inci griskan majerin/ butter di dlmnye.
- tuang adunan kek coklat td ke dlm loyang dan masukan ke dalam pengukus yg sudah dipanaskan. Masak lebih kurang 35-45minit mengikut ketebalan kek anda.
- sila tutup penutup pengukus menggunakan kain supaya air tidak menitis..
- bila sudah masak, biarkan sejuk seketika dan keluarkan kek dr loyang. kemudian potong kepada 3 bhgian, hati2 ye ketika belah kek sgt lembut n mudah pecah.
Filling Mousse Coklat:
500ml non-diary whipping (bukan tenusu)
1 1/2 sudu gelatin halal- cairkan brsama 2 sudi bsr air panas.
200gm coklat masakan, cairkan guna kaedah double boiler.
- tuang whipping cream td dlm mangkuk dan putar sehingga kental/bertanduk.
- sediakan mangkuk/bekas yg besar ketika memukul non-dairy whipping cream td kerana dia akan mengembang 2kali ganda.
- bila da kembang, masukan coklat masakan yg telah dicairkan td, dan putar lg sehingga sebati..
- seterusnya masukan gelatin dan putar lg sebati. asingkan.
Topping:
1/2 cawan koko
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
- campur kesemua bahan, masak guna kaedah double boiler. kacau sebati dan asingkan.
Cara melapis:
- ambil 1 bahagian kek yg telah dibahagi 3 td, letakan atas dulang/ pinggan rata.
- sapukan mousse coklat diatasnye mengikut ketebalan yg anda suka.
- ulang step td sampai habis. bila da melapis ke 3 bhgian td tuang lebihan mousse di atasnya da sapu rata mousse di sekeliling dan di tepi bhgian kek. kemaskan.
- simpan dalam peti ais dlm 30-45minit supaya mousse td mengeras sedikit.
- keluarkan dr peti ais dan tuangkan topping coklat di atasnya, sapu rata ke semua bahagian.
- hiaskan, masuk dalam peti ais seketika dan bole di hidangkan.
No comments:
Post a Comment