Salam semua. Hari ini saya nak kongsi resipi kakak ipar saya.
Ikan pekasam.
Bahan2
Ikan seelok2 nya ikan darat seperti ikan lampan @ gelama
(untuk kali ni saya menggunakan ikan kembung)
Garam secukup nya
Beras
Asam keping
Cara-caranya
Bersihkan ikan. dan siang ikut besar mana ikan itu kita nak goreng nanti.
lumurkan garam di ikan secukupnya..janganlah banyak sangat nanti keras jadinya.. agak2 ye.
Gunakan bekas plastik yang boleh ditutup. peram ikan dalam sehari dua sahaja.
Selepas sehari dua rendang beras tanpa minyak. Blend/ tumbuk beras. tuang air dalam bekas ikan ke dalam mangkuk dan lumurkan beras pada ikan. Masukkan kembali sedikit dari air tadi kedalam bekas tadi dan peram sehari lagi sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk dan jangan lupa letak asam keping di dalam bekas tersebut.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment