Beadings

Sunday, 20 January 2013

Puding roti karamel


Cikjuice sukakan puding roti . klu buat suka buat puding roti ni. Cuba lah mmg sedap.


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Saya tambah "mix fruit yg dalam tin tu" ..juice nya sy buang. 

Cara-cara

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Cikjuice kukus 30min je

nota : klu nak berair tutup loyang dan sedikit terbuka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...