resepi dari Azita. Thanks.
Hasil yang saya buat for the 1st time for my Dini's Birthday Party ....
Practice make perfect..
1st attempt.
Practice make perfect..
1st attempt.
![]() |
Cheese tart yang telah pun dimasukkan di dalam fridge selepas 4 hari dibuat .. ignore rupanya tapi rasa sedap. |
Cheese tart Shell / crust:-
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C ( Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras.
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara-cara nye:-
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Cream cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
Melorek di atas cheese tart.
- Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
- Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
- Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
tambahan : bakar api atas bawah, letak dekat rak bawah.
untuk peringatan untuk saya :-
Untuk resepi ni, 1 adunan shell - 35-40 biji shell itu ikut saiz acuan kecil.
Bagi adunan cheese boleh isi 70 - 80 shell bersaiz kecil.
(adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese)
Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.
Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama..
No comments:
Post a Comment