Beadings

Monday, 28 July 2008

Mesti Cuba


Bubur Harira
resipi oleh ibnuhazam


Resipi ini dapat dari email kawan2. Mesti cuba pada pengemar bubur. Selamat mencuba.

Mukaddimah :

Bubur Harira (bukan bubur harisa seperti yang Chef Wan cakap di TV, saya tahu sbb saya student diMorocco) ini sering dijamu ketika berbuka puasa diBulan Ramadhan dinegara Morocco (Maghribi). Ianya memang satu santapan harian seiring dengan kurma dan masakan-masakan yang lain.

Walaubagaimanapun ada kekurangan yang terdapat diMalaysia. Ada beberapa bahan yang saya sendiri tak tahu bahasa melayunya. Tetapi, setelah saya kembali ke Malaysia, akhirnya terhasil juga bubur harira ini setelah digantikan dan diadaptasikan dengan bahan-bahan Malaysia. Rasanya hampir serupa..

Bahan-bahan

2 Ulas Bawang Besar
1 mangkuk kecil Kacang Kuda
1 mangkuk kecil Kacang Dal
1 mangkuk kecil Kunyit
1 mangkuk kecil Lada hitam
Su un (betul ker eja, ikut banyak mana)
1 mangkuk kecil Tepung
1 mangkuk kecil Daging (dipotong dadu)
1 mangkuk kecil Ayam (isinya dicincang)
2 biji telur ayam

Bahan Kisar

1 Ikat Daun Ketumbar
1 Ikat Daun Sup
5 Biji Tomato
1 tin kecil Tomato Puri (Tambah Kepekatan)

Cara-cara :

1- Rendamkam sehari terlebih dahulu kacang kuda dan kacang dal

2- Potong sekecil-kecil bawang besar supaya mudah ditumiskan nanti. Kemudian kisarkan bahan kisar. Setelah ditumis, masukkan bahan kisaran tadi. Setelah itu, masukkan kunyit. Penggabungan warna hijau (daun-daun)dan kunyit menghasilkan warna seakan-akan coklat. Kemudian, masukkan daging dan ayam.

Setelah naik minyak atau masaknya tomato, tambahkan air sebanyak mana kita hendak jamukan kepada tetamu. Jangan risau, memang keadaaan cair pada awalnya.

Kemudian, masukkan 2 biji telur serta tepung. Kalau hendakkan kepekatan, tambahkan lagi dua bahan ini. Jangan lupa kacau sehingga betul-betul hancur, kerana ditakuti menjadi kerak yang keras dibawahnya.

Akhir sekali, masukkan kacang dal dan kacang kuda. Biarkan sehingga betul-betul kacang tadi lembut. Matikan api, dan hidangkan.

(Resepi ini biasanya dipanaskan semula pada keesokan harinya kerana Arab biasanya memasak dalam kuantiti yang amat banyak. Sekali masak dua tiga hari buleh, semakin pekat katanya. Mereka selalu menggunakan hati ayam sebagai ganti daging kepada yang kurang berkemampuan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...