Beadings

Tuesday, 3 May 2011

Enaknya Bau NESCAFE


Setiap pagi, saya selalu mulakan hari dengan secawan nescafe.  Kalau tak bau aroma nye, sure tak dapat feel untuk memulakan kerja di rumah.  Berbeza citarasa saya semasa dua tahun yang lalu sebelum mengandungkan Israf.  Saya pengemar Milo ataupun semua bentuk koko pada ketika itu, tetapi berubah semasa mengandungkan anak pada tahun 2009. Ketagih untuk secawan coffee setiap hari walaupun tahu itu adalah minuman yang patut dihindari. Ketika kehamilan bulan ke7, darah tinggi dikesan... mungkinkah pengambilan kafein atau yang lain, wallahualam. Alhamdullillah, semuanya selamat.

Jom kita tengok kesan pengambilan kafein.

Dos Rendah
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan Sikap berhati-hati
  • meningkatkan kadar degupan jantung
  • meningkatkan suhu badan
  • Sistem penghadaman menghasilkan lebih banyak asid

Dos Tinggi
  • Sakit kepala
  • Tidak cukup rehat
  • selalu berdebar-debar
  • menjadi keliru dan berhalusinasi
  • sukar untuk tidur

Kesan Jangka Panjang
  • insomnia
  • Kebimbangan yang tidak terkawal
  • Depresi
  • Gangguan pemakanan

Semoga kita berpada-pada dan mengambil berat tentang pemakanan kita.


Lebih lanjut, layari website ini.
http://www.nescafe.com/Worldwide/Well-being/Pages/mythfacts.aspx

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...