Salah satu cara untuk kurus secara sihat dan semulajadi ialah dengan meningkatkan kelajuan metabolisme. Proses ini turut membantu mengekalkan berat badan pada kadar yang kita mahukan.
Berikut adalah antara cadangan untuk meningkatkan metabolisme..
1. Makanlah sarapan.
Semasa bangun pagi, anda sudah berlapar berjam-jam. Tidak mengambil sarapan bermakna anda sudah merendahkan metabolisme. check out Special K from Kellogs http://www2.kelloggs.com/
2. Makan berlandaskan aktiviti.
Jika padat aktiviti, ambillah hidangan sarapan dan makan tengahari dalam hidangan yang sedang.
3. Ambil snek.
Makanlah buah dan sayur ketika waktu sebelum makan tengahari. Ia mengelakkan rasa lapar dan boleh mengawal makanan yang diambil.
4. Senaman yang kosisten adalah perlu
pilihlah senaman aerobik dan aktiviti cardio.
5. Catatkan apa yang anda makan.
Dengan ini anda lebih jujur dan tahu apa yang anda makan sepanjang hari.
6. Minumlah air.
Metabolisme tubuh perlu berfungsi dengan baik dan elakkan dehidrasi agar tubuh tidak lesu.
7. Sasarkan untuk mengurangkan berat badan sebanyak 1 - 2 paun dalam seminggu.
Jangan terlalu obses dengan penurunan mendadak. Ianya akan membahayakan diri anda sendiri.
No comments:
Post a Comment