Ini kerana saya tidak memiliki salur pembayarannya, kalau guna http://www.maybank2u.com.my/ sure dah beres semuanya. Pejabat pos yang terdekat iaitu JJ Cheras Selatan saya tuju. Bertemankan Aboy, kami sampai di JJ pada pukul 10.40 pg . Saya telah mengambil no giliran 2068. Ramai telah pun berada di sana. Rupa2 nya sistem breakdown. Tidak diketahui berapa lama.
Nak tunggu ke atau nak balik itu? itu adalah persoalannya. Akhirnya saya menunggu juga sehingga 2.45ptg. Kelihatan ramai orang masih menunggu dan terdengar rungutan "Sistem slow" iaitu untuk mengekses data saman PDRM. Memandangkan waktu tidur Aboy, saya mengambil keputusan untuk balik sahaja tanpa menunggu giliran saya yang saya sendiri tidak tahu bila akan dipanggil. Semasa saya balik no giliran 2027 dipapar.
Walaupun saya tidak dapat membayar saman dan mungkin berada di kalangan ribuan yang bakal di black listed untuk kesalahan jalanraya (iaitu kesemuanya menghalang lalu lintas - parking ler tu.), at least saya berpuas hati kerana dapat membuat pemeriksaan kolestrol, paras gula dan lemak dalam badan. Semuanya ok cuma perlu lebih control.
Pemeriksaan ini adalah anjuran JJ bersama Nestle Omega Plus iaitu cabaran 30 hari turunkan kolestrol. Apa lagi jom lah kita beramai-ramai menyahut cabaran ini. "1Malaysia Sayangkan Jantung anda"
No comments:
Post a Comment