Bila dah umur setahun ni, nampak gaya kena tukar susu untuk disesuaikan dengan usia Aboy. Walaupun Aboy masih menyusu badan, selalunya akan ditambah dengan susu formula. Jadi saya mengambil kelapangan cuti maulidur rasul Semalam ke JJusco, setiap label dibelek sehingga Pening nak decide. Kebanyakan harga susu sekarang agak mahal juga. Ianya bergantung pada kandungan di dalam susu tepung. Jenama pelbagai la pulak, semuanya tempting nak beli untuk mendapat khasiat terbaik. Saya masih lagi belum membuat keputusan samaada ingin meneruskan susu dari pengeluar yang sama atau sebaliknya ..
Susu Dutch lady (susu kegemaran Kakak) yang semakin mahal di pasaran Malaysia,
Di sini saya lampirkan Tips memilih susu.
- Pilih yang kandungan nutrisinya paling lengkap, tapi harganya paling ekonomi diantara susu sejenis yang tersedia
- Kenali bayi Anda, sehingga boleh memilih susu yang cocok. Bila dia hiperaktif, beri susu yang sesuai agar tak menjadi semakin aktif dan akhirnya membuat tubuhnya kurus
- Jangan asal meniru orang lain dalam memilih susu formula. Sebab, reaksi bayi terhadap kita tertentu tak selalu sama. Bila reaksinya tidak bagus atau menyebabkan diare, hentikan segera.
- Jangan selalu ganti susu formula, terutama bila anak mudah diare. Sering diare akan mengganggu pertumbuhan bayi. Jadi Berjumpalah dengan doktor.
No comments:
Post a Comment