Beadings

Wednesday, 26 January 2011

Exam UPSR - Ujian Pecutan 1 dah start ....

Anak dara saya telah pun memasuki tahun 6.  Dulu bila baca posting kawan2 dalam facebook ... dalam hati berkata "anak aku lama lagi nak masuk darjah 6 ..itu tahun lalu 2010"... Alamak pejam celik dah pun masuk tahun baru, 2011.  (masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU, KAWAN-KAWAN"

Hari ini last day, Dini menghadapi exam pecutan UPSR 1, sebelum kelas tambahan bermula.  Dari sekolah Dini akan terus ke KAFA.

Berikut jadual Dini yang berusia 12 tahun. Nampak mcm padat..mesti penat Dini...bak kata perpatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul ...ceh wah ...

  • Isnin - Khamis - Kelas tambahan
  • Lepas bulan Jun - Kelas Extra Tambahan pada hari rabu
  • Hari Jumaat dan  ahad kena menghadiri tuisyen pulak  dan Kelas Arithmetic pula di postphone hingga bulan Mac ini ..
(cuma budak2 dari kelas terakhir bermula awal utk semua program UPSR iaitu pada bulan Jan / Feb) 

Anak dara ku ..............comel nye

Dini yang berada di kelas pertama berkata "Mana aci Mama..kan, kita orang start lewat ..." . Alasan sekolah budak2 kelas pertama dan kedua boleh berdikari sendiri , manakala kelas terakhir ada yang masih tak tahu membaca.... Munasabah kan, Dini. Mama tau Dini boleh berusaha sendiri sebab Mama dah hantar Dini ke Pusat Tuisyen kan.....
Anyway Adik, Good luck and I am proud of you, always ..Mama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...